Ejen Pelancongan Negeri di Bawah Bayu Yang Mesra Pelanggan

Jelajahi Sabah

100% Sabah 100% Kepuasan

Apabila di Sabah, jangan hanya berjalan kaki. Pilih untuk memandu kerana destinasi menarik tidak hanya terletak di pusat bandar. Kundasang dan Kota Belud merupakan destinasi menarik untuk dikunjungi di Sabah.

Sabah kaya dengan budaya, tradisi dan keindahan flora dan fauna yang menggamit perhatian pengunjungnya. Rugi jika anda berkunjung ke Sabah tanpa menerokai setiap ceruk negeri ini.

Raya Holidays menawarkan perkhidmatan kereta sewa mesra pelanggan berpusat di Kota Kinabalu. 

Pilih tarikh dan mulakan carian kereta sewa anda:

Untuk semua keperluan

Servis Kereta Sewa yang memenuhi Tujuan

Percutian bajet? Bulan madu? Kenduri? Urusan kerja?
Kami menyediakan 20 pilihan kereta sewa yang mampu memenuhi keperluan anda ketika berada di Sabah. Dari kereta jenis kompak sehinggalah kenderaan pacuan 4 roda dan van. Sewaan mengikut kadar harian, mingguan dan bulanan yang mesra poket. Anda tentukan, kami sediakan.

offer jimat

Tawaran Istimewa

Nikmati diskaun sehingga 20% bagi kenderaan terpilih sempena Merdeka
JANGAN TERLEPAS!

Langgan Newsletter Kami

Anda akan menerima tawaran menarik dan info yang terkini berkenaan servis kami terus di inbox email anda.

PAKEJ PERCUTIAN

Alami Percutian Yang Menyeronokkan

Apabila anda merancang untuk bercuti, perkara yang paling sukar ialah menyusun itinerari dan tempat-tempat menarik yang anda perlu lawati. Jangan risau, Raya Holidays boleh bantu anda untuk menguruskan percutian idaman anda tanpa anda perlu pening kepala.  

Kami bukan sahaja menyediakan servis sewa kereta dari Kota Kinabalu, malah kami telah membantu ramai pelanggan untuk menikmati percutian mengikut bajet mereka. Servis kami dijamin mesra pelanggan dan yang penting anda sebagai pelanggan seronok dan selesa sepanjang percutian.

Pakej Gold
Pakej Gold
5 Hari, 4 Malam ∙  
Bermula RM1199.00
APA YANG MENARIK?
  • Berkelah bersaksikan Kinabalu di Polumpang
  • Spa ikan di Kota Kinabalu & Kota Belud
  • Snorkeling di Pulau Manukan
  • Aktiviti pantai di Pulau Sapi
  • Masuk ke Kinabalu Park
  • Melawat Rumah Terbalik
  • Berendam di Kolam Air Panas Poring
  • Membeli-belah di Handicraft Market
Pakej Silver
Pakej Silver
4 Hari 3 Malam ∙  
Bermula RM999.00
APA YANG MENARIK?
  • Snorkeling di Pulau Manukan
  • Aktiviti pantai di Pulau Sapi
  • Masuk ke Kinabalu Park
  • Spa ikan di Kampung Luanti
  • Melawat Rumah Terbalik
  • Berendam di Kolam Air Panas Poring
  • Membeli-belah di Handicraft Market
Pakej Bronze
Pakej Bronze
3 Hari 2 Malam ∙  
Bermula RM799.00
APA YANG MENARIK?
  • Matahari terbenam di Tanjung Aru
  • Melawat mercu tanda terkenal di Kota Kinabalu
  • Masuk ke Kinabalu Park
  • Spa ikan di Kampung Luanti
  • Melawat Rumah Terbalik
  • Berendam di Kolam Air Panas Poring
  • Membeli-belah di Handicraft Market
TIPS & TRIK

jadikan Percutian anda lebih bermakna

Apa Mereka Bilang?

Mereka sendiri telah merasai pengalaman mendapatkan servis kami.
Mau Ke Sabah? Cari Jak Sia.

Raya Holidays merupakan ejen pelancongan tempatan di Sabah dan berpengalaman dalam menyediakan servis pelancongan untuk mereka yang ingin bercuti di Sabah. Servis kami meliputi khidmat kereta sewa yang bermula sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hinggalah kepada menguruskan fasiliti penginapan dan itinerari percutian anda. Setiap pelanggan kami adalah VIP kepada kami, ketibaan anda akan disambut dengan mesra dan akan diberi layanan sebaik mungkin.

Close Menu
×

Cart

Dapatkan Maklumat Lanjut

+6010-944 4956 | +6088-212 081

ANDA ADA SOALAN?

Hantarkan ke email kami

Need Help? Chat with us