Sabah terkenal dengan keindahan alam semulajadinya yang sukar untuk ditandingi. Dari keindahan pantai sehingga panorama Gunung Kinabalu yang tersergam, terdapat pelbagai lokasi best yang anda wajib terokai.
Bagi yang pertama kali nak ke Sabah, jangan lepaskan peluang untuk kunjungi 10 tempat menarik yang sering menjadi bualan pelancong tempatan dan luar negara.
Jom kita tengok lokasi yang wajib anda lawati di sekitar Sabah!
10 Tempat Menarik Yang Wajib Anda Kunjungi Bila Bercuti di Sabah
1. Marine Park Kota Kinabalu
Menawarkan keindahan pantai yang jernih membiru di ibu negeri Sabah, Marine Park Kota Kinabalu merangkumi 5 gugusan pulau yang sangat indah iaitu Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Sulug dan Pulau Mamutik.
Pelbagai aktiviti laut yang mengujakan menanti anda di Marine Park seperti snorkelling, scuba diving, banana boat, parasailing dan sebagainya.
Keindahan terumbu karang serta pelbagai hidupan laut yang hidup bebas di sini sememangnya tiada tandingan!

2. War Memorial
War Memorial yang teguh berdiri sejak tahun 1962 ini dibina bagi memperingati pengorbanan askar-askar British dan Australia yang mempertahankan Kundasang daripada taklukan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
Sambil mengenang sejarah negara, anda bolehlah bergambar di sekitar 4 buah taman indah yang terletak di sekitar War Memorial.

3. Poring Hot Spring
Percutian anda di Ranau tidak akan lengkap jika tak ke Poring Hot Spring. Anda bukan saja berpeluang untuk mandi-manda di kolam air panas dan air terjun, malah anda juga boleh nikmati keindahan flora dan fauna di sekeliling Poring Hot Spring menerusi pelbagai aktiviti seperti Canopy Walk, Jungle Trekking serta lawatan ke Taman Rama-Rama, Bat Cave dan Muzium Serangga.

4. Pasar Filipina
Pasar Filipina cukup terkenal sebagai port membeli ole-ole atau cenderahati yang popular di negeri Sabah seperti barang kemas berasaskan mutiara serta produk laut kering seperti ikan masin dan keropok amplang. Confirm rambang mata dibuatnya. Jangan lupa untuk gunakan skill tawar-menawar anda di sini!
Pada waktu malam pula, kawasan ini cukup meriah dengan pengunjung yang ingin nikmati makanan laut yang segar dan murah. Memang rugi kalau tak cuba makanan yang lazat di sini!
5. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
Sering digelar sebagai masjid terapung, anda pasti terpukau dengan keindahan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu terutamanya ketika air pasang.
Senibina masjid ini sememangnya cukup unik serta menawarkan panorama yang indah pada waktu senja. Anda juga boleh bersantai di sekitar masjid untuk bergambar dan mengalas perut di tempat makan dan gerai yang berada di sekitarnya.

6. Pulau Mantanani
Dikatakan antara pulau rare yang wajib anda lawati di Kota Belud, Pulau Mantanani menjanjikan pengalaman yang berbeza berbanding pulau-pulau lain yang ada di Sabah dengan adanya kemunculan plankton biru di persisiran pantainya pada waktu malam.
Pulau ini juga cukup popular di kalangan penggemar aktiviti diving kerana keindahan terumbu karang serta kepelbagaian hidupan laut yang sangat cantik!
Ramai yang tak dapat melupakan panorama matahari terbenam serta langit malam yang ditaburi dengan bintang-bintang di pulau ini. Keindahannya memang cukup luarbiasa!
7. Mari-Mari Cultural Village
Seperti yang kita tahu, negeri Sabah memang terkenal dengan keunikan budaya pelbagai suku kaum. Bagi yang suka mempelajari budaya tempatan, singgahlah ke Mari-Mari Cultural Village untuk selami gaya hidup kaum di Sabah yang sudah wujud beribu-ribu tahun lamanya.
Jangan lepaskan peluang untuk sertai pelbagai aktiviti menarik seperti menyumpit, berjalan dengan buluh dan persembahan tarian tradisional.
Anda juga boleh melihat sendiri keunikan setiap suku kaum menerusi rekaan rumah tradisional serta perkakas rumah yang dihasilkan daripada hasil hutan. Sangat menarik untuk diterokai!

8. Desa Dairy Farm
Terkenal sebagai lokasi trademark di Kundasang, Desa Dairy Farm sering digelar sebagai New Zealand Malaysia kerana suasanya ladang lembu yang nyaman dan cukup indah dengan latarbelakang Gunung Kinabalu.
Kalau nak saksikan sendiri pemandangan berkabus dan hawa yang dingin, anda perlulah tiba ke sini sebelum pukul 9.00 pagi.
Di Desa Dairy Farm, anda berpeluang untuk dekati proses penghasilan produk tenusu dan sertai pelbagai aktiviti menarik seperti melihat cara memerah susu dan memberi susu kepada anak lembu.
Jangan lupa untuk cuba pelbagai produk tenusu yang dijamin segar dan berkualiti tinggi seperti gelato, natural yogurt dan keju segar.
9. Sosodikon Hill
Sosodikon Hill pula terkenal sebagai salah satu lokasi hiking yang popular di Kota Kinabalu. Ramai yang berebut untuk menyaksikan matahari terbit dari puncak bukit ini.
Ramai yang berjaya sampai ke puncak bukit dalam tempoh yang singkat kerana laluan hiking yang dikatakan agak mudah untuk ditelusuri.
Jika anda bertuah dan cuaca mengizinkan, anda mungkin berpeluang untuk melihat keindahan Gunung Kinabalu daripada Sosodikon Hill. Satu pemandangan yang pasti anda takkan lupakan!

10. Pasar Malam Sinsuran
Khas untuk penggemar makanan laut, anda wajib ke Pasar Malam Sinsuran untuk nikmati aneka hidangan laut yang murah dan dijamin segar!
Anda pasti terkejut dengan harga hidangan makanan laut mewah yang Pasar Malam Sinsuran tawarkan seperti lobster, ketam dan udang. Dijamin lebih murah berbanding biasa.
Jangan lupa untuk padankan hidangan anda bersama rumpai laut dan latok yang eksotik!
Wah, banyaknya tempat menarik untuk dikunjungi di Sabah! Semuanya menawarkan keunikan yang berbeza untuk pengunjung.
Bagi anda yang ingin jelajahi Sabah dengan lebih mudah, jom tempah pakej percutian dengan yang berpatutan daripada Raya Holidays!
Kami sedia untuk ajak anda melancong di Kota Kinabalu, Kundasang dan Pulau Mantanani dengan harga yang sangat berbaloi!
Dari lokasi pelancongan yang wajib singgah, tempat makan best, hinggalah ke pusat jualan cenderamata dan ole-ole, Raya Holidays akan bawakannya untuk anda!
Berminat nak bercuti bersama kami? Hubungilah kami di talian berikut :Â
019-722 0058 / 010-403 0058 / 010-944 4956 / 013-909 0058Â
Jangan lupa untuk layari laman Facebook Raya Holidays untuk ketahui pakej percutian menarik di Sabah!