KERETA SEWA PANDU SENDIRI KOTA KINABALU, JADILAH PELANGGAN YANG BIJAK.
Banyak tempat-tempat menarik boleh dikunjungi bila anda bercuti di Kota Kinabalu, Sabah. Sewa kereta KK ke Kundasang, pakej-pakej pulau yang menarik seperti Pulau Sapi, Pulau Manukan, dan Pulau Mamutik hingga percutian ke Kota Belud, Tuaran, Kudat dan macam-macam lagi. Semua destinasi dan tempat-tempat menarik ini anda boleh lawati sendiri apabila anda sewa kereta di Kota Kinabalu.
Setiba sahaja di lapangan terbang Kota Kinabalu, anda akan mengambil kereta sewa di airport yang akan dihantar terus kepada anda oleh team operasi kami. Segala butiran akan dilengkapkan dan disemak sebelum kereta diserahkan kepada anda.
Raya Holidays berpengalaman lebih dari 7 tahun menyediakan perkhidmatan kereta pandu sendiri di Kota Kinabalu. Kami juga turut menyediakan kereta sewa bulanan, harian atau sewaan dalam tempoh masa panjang. Oleh itu, kami kongsikan 5 tips sewa kereta bila anda bercuti di Kota Kinabalu.


1. Periksa dengan teliti keadaan kereta sewa anda semasa proses penyerahan
Kondisi kereta perlu diteliti sama ada kereta sewa yang dihantar beroperasi dengan baik ataupun tidak. Ini akan menjamin agar percutian anda berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah. Pihak operasi akan memeriksa terlebih dahulu keadaan kereta untuk memastikan kereta berada di dalam keadaan yang baik tanpa ada sebarang masalah. Sewaktu penyerahan pula, wakil syarikat akan menerangkan secara terperinci kepada pelanggan berkenaan kereta sewa yang akan diserahkan. Antara aspek yang perlu dilihat adalah:
- Ketebalan tayar kereta sewa
Tayar kereta sewa yang sudah nipis tidak selamat untuk dipandu lagi. Ini akan mendatangkan risiko untuk kemalangan semasa anda memandu. Nak bercuti di Kundasang, tapi kemalangan pula nanti. Jadi tak best lah!
- Lampu hadapan, lampu brek dan signal kereta sewa
Ini akan membantu pemanduan anda menjadi lancar, lebih-lebih lagi waktu malam. Lepas tu di Kundasang pula berkabus, kang tak nampak jalan pula nanti. Lampu brek da signal kereta tu pastikan hidup, nanti kena hon panjang pula oleh orang belakang. Hee!
- Cukai jalan kereta sewa
Cukai jalan ni pastikan hidup tau!
- Tayar spare dan peralatan kecemasan
Bila ada masalah kebocoran tayar waktu percutian, senang nak ganti tayar dengan tayar spare. Nanti habis masa pula menunggu bantuan di tepi jalan.
- Penghawa dingin
Pastikan penghawa dingin kereta sewa anda beroperasi dengan baik. Lagi-lagi cuaca panas di Kota Kinabalu sekarang ni.
2. Ambil video atau gambar semasa proses penyerahan kereta sewa
Kenapa perlu ambil gambar atau video? Haa, yang ini akan menjadi rujukan atau bukti nanti waktu pemulangan semula kereta sewa anda. Kot-kot ada kerosakan atau tuntutan dari pihak syarikat kereta sewa nanti.
Kenapa ada kesan kena langgar ni? Padahal kesan tu dah lamaa, bila ada rekod gambar atau video senang awak nak buktikan nanti kesan tu memang sedia ada.
3. Maklumkan jika ada masalah semasa pemanduan
Semasa pemanduan dalam perjalanan percutian anda, maklumkan segera kepada kami jika terdapat sebarang masalah. Pihak syarikat akan membantu menyelesaikan masalah dengan kadar segera. Contohnya, sewaktu pemandu terdapat bunyi-bunyi yang tidak menyenangkan.
Pihak syarikat akan segera menggantikan kereta dengan kereta yang lebih baik semasa tempoh sewaan anda.
Bagitau segera sebelum kerosakan bertambah teruk!
4. Fahami peraturan perjalanan kawasan yang ditetapkan
Jika anda bercuti di Kota Kinabalu, kebanyakan pengusaha kereta sewa di Sabah menetapkan peraturan perjalanan atau destinasi yang dibenarkan. Contohnya, anda tidak dibenarkan membawa kereta sewa dari Kota Kinabalu ke kawasan Tawau atau Sandakan. Anda akan di kenakan caj sewaan luar kawasan. Selalunya caj luar kawasan ini sebanyak RM300, kenapa ada caj luar kawasan?
Caj luar kawasan ini dikenakan kerana faktor jalan seperti di bulan, lebih-lebih lagi kawasan jalan raya menuju ke Sandakan dan Tawau.
5. Sediakan Kupon Parking
Kebanyakan kawasan parking di kawasan sekitar Kota Kinabalu memerlukan kupon parking. Jika tidak, anda akan dikenakan kompoun sekiranya tiada kupon parking dipamerkan. Haa, kan dah jadi satu hal pula mahu bayar saman. Kupon parking ni murah ja, ada harga RM5.30. Kupon ni boleh dibeli pada mana-mana pondok DBKK yang warna biru tu.

Begitulah tips atau panduan yang kami kongsikan sekiranya anda ingin sewa kereta pandu sendiri di Kota Kinabalu. Kami menyediakan kereta sewa bulanan bagi anda yang bekerja di sekitar Kota Kinabalu. Selain itu, kami juga turut menyediakan pelbagai pilihan kereta sewa seperti Perodua Axia, kereta sewa Perodua Aruz, kereta sewa Vellfire dan bermacam lagi.