5 SEBAB MENGAPA ANDA HARUS MELANCONG DI DALAM NEGARA

Kamu mahu melancong luar negeri? Kamu rasa Malaysia tidak banyak tempat menarik, kamu silap disitu. Sebelum kamu pergi ke melancong ke luar negara kamu pikir-pikir dulu takut menyesal di kemudian hari. Jadi sebelum kamu buat keputusan untuk melancong luar negara, kamu baca dulu sebab-sebab mengapa anda harus melancong di dalam negara yang disenaraikan di bawah.

1.Lebih Penjimatan kos

Taukah kamu melancong di dalam negara adalah lebih jimat berbanding di luar negara kita. Di sini, kami ingin bagitau kepada kamu semua yang kita tidak perlu bayar visa, passport, cukai kerajaan, cukai pelancongan yang mana mungkin dikenakan tinggi daripada negara kita sendiri. Selain itu, barangan luar negara tidak semestinya mempunyai harga yang murah daripada barangan negara kita sendiri. Dan kamu pun tidak payah bersusah-susah mahu tukar matawang asing segala kalau mahu pergi melancong di negara sendiri. Bah, Kalau kamu mahu pergi keluar negara yang lebih tinggi matawang, mestilah kamu rasa rugi kan? Sebab nilai matawang kita sama matawang asing semestinya berbeza. Bah, saya cadangkan selagi kita boleh berjimat bagus kita berjimat daripada kita membazir. Kata Pepatah “Siurang bilang kalau ikut kata hati kita manang, kalau ikut kepala otak kita kalah” Bah mana-mana saja semua terletak di tangan sendiri.

2.Senang Berkomunikasi

Melancong di dalam negara juga membolehkan kamu lebih senang berkomunikasi kerana secara umumnya kita menggunakan Bahasa Melayu. Kamu lebih senang memahami topik atau cerita orang di sekitar kamu jika melancong di dalam negara. Kamu tidak perlu sibuk-sibuk guna kamus,cari apps penterjemah atau cari translator untuk kasi terjemah bahasa. Kalau sesat lagi kan bikin susah sendiri saja mahu tanya-tanya orang asing. Kalau diurang terus faham tidak apala, tapi kalau diurang tidak faham apa yang kamu tanya kan bikin susah sendiri. Buat apa mahu susah kalau boleh dikasi senang kan.

3. Mempunyai banyak tempat menarik

Siapa bilang Malaysia tidak lawa. Kamu silap besar kalau kamu bilang Malaysia tidak banyak tempat menarik. Punya banyak tempat yang menarik di Malaysia. Kita ada 13 negeri, setiap negeri mesti ada tempat yang menarik yang kamu tidak tahu. Kamu saja yang tidak cari baitu. Cuba kamu buat kajian sikit mesti kamu jumpa macam-macam tempat menarik di Malaysia. Buat apa pergi jauh-jauh sedangkan yang dekat pun tidak terpergi kan.

4. Mengenal lebih negara sendiri

Selain itu. kamu akan lebih kenal negeri, budaya serta warisan sendiri jika melancong dalam negara. Sebelum kamu belajar budaya dan bahasa orang lain lebih baik kamu arif dulu bahasa dan budaya negara kamu sendiri. Sekurangnya kalau ada orang tanya pasal negara kamu tidak juga buat malu sendiri sebab tidak tahu. Banyak budaya dan khazanah negara perlu kamu belajar. Menarik juga kalau belajar pasal negara sendiri. Orang bilang tak kenal maka tak cinta.

5.Menjana ekonomi negara

Taukah kamu melancong dalam negara dapat menjana ekonomi negara. Siapa lagi kalau bukan kita mahu tolong negara kita sendiri. Setiap perkhidmatan dan produk negara akan dikenakan cukai yang dikenakan oleh kerajaan. Jadi secara tidak langsung kamu dapat menolong menambahkan pendapatan negara dan memberi peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

Jadi, sebelum kamu membuat keputusan untuk pergi melancong ke luar negara, kamu pikir-pikir la dulu ok.

Close Menu
×

Cart

+6010 944 4956 | +6088 212 081

rayaholidays@gmail.com

GET MORE INFORMATION

+6010-944 4956 | +6088-212 081

YOU HAVE QUESTIONS?

Send to our email