Sebut saja negeri Sabah semua orang pasti terbayang keindahan negeri tersebut dengan kehijauan hutan-hutan, lautan biru terbentang luas, gunung Kinabalu mencecah langit dan sebagainya. Maka tidak hairanlah Sabah menjadi pusat eko-perlancongan yang terkenal di serata dunia. Oleh sebab itu, pelbagai aktiviti ditawarkan di negeri ini untuk menarik lebih ramai pelancong di dalam dan luar negara. Antara aktiviti tersebut telah kami senaraikan di bawah.
1. Hiking
Kredit @iloveborneo.my
Sabah merupakan sebuah negeri yang geografinya berbukit bukau. Terdapat banyak bukit-bukit yang
dijadikan tempat berekreasi dan membuat aktiviti-aktiviti lasak. Kepada penggemar aktiviti hiking
anda boleh berkunjung ke Sabah dan cuba untuk mendaki bukit-bukit di sini sambil menikmati
panorama-panorama yang indah apabila sampai ke puncak. Tiada bayaran atau yuran dikenakan
untuk aktiviti mendaki bukit-bukit di sini. Yuran hanya dikenakan untuk sesiapa yang mendaki
gunung-ganang bagi membayar perkhidmatan malim gunung yang akan menemani anda sepanjang
pendakian untuk menunjukkan jalan serta pantang larang semasa mendaki gunung. Bukit dan gunung
yang berbeza akan memberi pengalaman dan kesukaran yang berbeza untuk anda tempuhi.
Walaupun penat anda pasti kagum dan berpuas hati setelah mendaki bukit-bukit dan gunung-gunung
disini.
2. Water Rafting
Kredit @borneocalling.com
Water rafting merupakan antara sukan air yang terkenal di Sabah. Antara sungai yang menjadi pilihan pelancong untuk aktiviti ini adalah Sungai Kiulu iaitu di Kiulu White Water Rafting Centre, Tamparuli, Sabah. Trek untuk water rafting di Kiulu yang paling jauh adalah sepanjang 15km. Aktiviti dimulakan dengan mengharungi arus sungai yang mengalir perlahan menuju ke arus sungai yang berliku dan berarus deras. Aktiviti ini sangat mencabar tapi menyeronokkan kepada penggemar sukan lasak. Kepada yang lemas semangat jangan kamu cuba-cuba aktiviti ini kerana dikuatiri pengsan.haha.
3. ATV
Kredit @whoaadventures.com
ATV atau All-Terrain Vehicle juga merupakan salah satu sukan lasak yang terdapat di Sabah. Antara lokasi ATV yang menjadi pilihan adalah di Kundasang, Sabah. Anda boleh melawat kampung-kampung kaum Dusun, ladang-ladang, kebun-kebun, padang rumput dan sebagainya dengan menaiki motor 150 cc quad di jalan tar atau tidak bertar. Aktiviti ini sangat mencabar terutama apabila andamengharungi jalan tidak bertar yang berliku namun ia pasti akan memberi kepuasan kepada penunggangnya. Selain itu, udara sana yang dingin pasti menyegarkan penunggang walaupun aktiviti sangat mencabar.
4. Paragliding
Kredit @Pragliders Borneo
Di Sabah juga terdapat aktiviti ekstrem paragliding yang terletak di Ranau. Aktiviti ini sangat menyeronokkan kerana anda akan dihidangkan dengan pemandangan indah seperti sawah padi, flora dan fauna, kampung-kampung disamping menikmati angin yang sejuk di kaki gunung Kinabalu. Anda akan dilepaskan di Lohan dan terbang selama beberapa minit bergantung dengan keadaan cuaca dan angin serta kesihatan peserta. Sekiranya peserta berasa mual juru pandu akan mendarat dengan segera.
5. Zipline
Kredit @sabahtourism.com
Zipline merupakan aktiviti meluncur dengan kabel daripada kawasan tinggi sambil menikmati pemandangan hutan, laut dan sebagainya. Aktiviti ini sangat digemari pelancong dari luar atau dalam negara yang menyukai sukan ekstrim. Di Sabah, terdapat beberapa lokasi ada menawarkan sukan ini. Antara lokasi yang terkenal adalah zipline dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi. Zipline di Pulau Gaya merupakan zipline yang terpanjang di Borneo. Harga tiket untuk menyertai aktiviti ini agak mahaltetapi berbaloi untuk anda cuba kerana anda akan meluncur merentasi lautan sambal menikmati permandangan dengan seronok. Rugi kalua tak cuba. Sekali seumur jer kan.
6. Rock Climbing
Kredit @mysabah.com
Rock climbing merupakan aktiviti memanjat dinding dengan berpaut pada batu-batu. Aktiviti ini menggunakan kekuatan jari, lengan dan kaki bagi membolehkan anda mendaki tanpa terlepas sampai ke atas. Anda boleh mencuba aktiviti ini di Sabah Indoor Climbing Centre jika berkunjung ke Sabah. Di sana pengajar-pengajar berpengalaman akan mengajar anda dan menjaga keselamatan anda semasa mendaki. Harga tiket amatlah berpatutan.
7. Jetski
Kredit @Shangi-la Hotel
Jetski merupakan sukan air yang sangat menyeronokkan yang terkenal di Malaysia. Sukan ini sering dipaparkan di tv terutama di movie genre aksi dan sebagainya. Resort-resort atau agensi pelancongan di Sabah ada menawarkan aktiviti ini dengan harga yang berpatutan. Anda bolehla cuba aktiviti ini jika ada bajet lebih.