8 Tempat Matahari Terbenam Menarik Di Sabah

Facebook
Twitter
WhatsApp

Melihat keindahan matahari terbenam adalah salah satu proses ‘healing’ yang paling berkesan untuk Si penggemar ketenangan. Bagi mereka, melihat keindahan alam seperti ini dapat membantu mereka lari dari kesibukan kota dan keletihan seharian bekerja.

Bagi menyaksikan keindahan alam seperti ini, terdapat beberapa tempat yang dapat kami kongsikan kepada korang sekiranya bercuti ke sabah. Antaranya lokasi-lokasi yang berikut:

  1. Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu

Mengambil masa 12 minit dari Pusat Bandar KK, Pantai Tanjung Aru adalah tempat terbaik bagi menyaksikan matahari terbenam di Kota Kinabalu. Selain dapat melihat matahari terbenam, penggunjung juga boleh singgah ke gerai-gerai di sekitar pantai yang menyajikan pelbagai aneka jualan dan makanan.

Kredit: tripadvisor.com.my

  1. Simpang Mengayau, Kudat (Tip of Borneo)

Terletak di hujung utara Borneo, Tips of Borneo ini terkenal dengan pemandangan indah yang menakjubkan serta tanjung dramatik dan matahari terbenam yang lebih mempersonakan.  Tempat ini sering di kunjungi pelancong dalam dan luar negara kerana pantainya yang indah, air biru yang jernih malah jauh dari kawasan bandar. Korang sangat bertuah jika dapat merasai fenomena ini dengan deruan angin pantai dan bunyi ombak yang mengempas ke tepian yang bakal mengamit memori bagi setiap pengunjungnya.

Kredit: theplanetrover.com

  1. Bukit Botak, Sepanggar

Terletak kira-kira 21KM dari Kota Kinabalu, Bukit Botak yang juga dikenali sebagai Bukit Gundul atau Bukit Bonduk di Sepanggar merupakan salah satu lokasi terbaik bagi kaki-kaki hiking untuk melihat sendiri fenomena alam seperti ini yang menghadap ke Teluk Sepanggar.

Kredit: twitter.com/KKCity

  1. KK Waterfront

Lokasi yang teletak betul-betul di tengah bandar, KK Waterfront ini juga menyajikan pemandangan mtahari terbenam yang indah dan mengasyikkan.

Kredit: www.tripoto.com

  1. Laban rata, Gunung Kinabalu

Pemandangan yang sangat mendamaikan melihat matahari terbenam dari Laban Rata. Dengan kedinginan angin dan secangkir kopi di tangan, fenomena alam ini adalah suatu yang korang tidak boleh lepaskan.

Kredit: river-junkie.com

  1. Pulau Pom-Pom, Semporna 

Pulau pom-pom terletak di Pantai Timur Sabah, Semporna ini menghadap Pulau Bohey Dulang di sebelah barat. Korang akan dapat melihat matahari terbenam Pulau Bohey Dulang dari Pulau Pom-Pom. Jika korang ke sini, seluruh pantai berpasir putih dan juga matahari terbenam di Laut Celebes ini semestinya milik korang sepenuhnya.

Kredit: travelog.com

  1. Cabana Retreat, Kota Belud

Terletak di Pantai Rampayan di daerah Kota Belud, Cabana Retreat menawarkan pemandangan matahari terbenam yang indah untuk dinikmati. Mendapat jolokan Pop Up Beach Resort pertama di Malaysia, ianya tempat yang sangat sesuai untuk berehat dan menghayati alam tanpa perlu bimbang akan kemudahan yang disediakan sebuha hotel. Terdapat pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan seperti ATV, menunggang kuda dan beberapa sukan air yang syok!

Kredit: lilyrianitravelholic.blogspot.com

  1. Maliau Basin, Tongod 

Pada tahun 2008, Maliau basin yang juga dikenali sebagai Sabah’s Lost World pernah dipetik oleh Lonely Planet sebagai “satu-satunya tempat terbaik di Borneo untuk mengalami keajaiban hutan tropika primer”. Maliau Basin menawarkan matahari terbenam yang paling epic hanya dengan mendaki ke puncak menara pemerhati.

Kredit: mysabah.com

Wah, setiap tempat mempunyai keunikannya yang tersendiri untuk dikunjungi. Bagi korang yang ingin menjelajah bumi Sabah dengan lebih mudah, jom tempah pakej percutian dengan yang berpatutan daripada Raya Holidays!

Kami menyediakan pakej yang berpatutan bersesuaian dengan itinerary yang anda telah buat. Semestinya dengan harga yang sangat berbaloi, Raya Holidays akan bawakannya untuk korang!

Berminat ingin bercuti bersama kami? Hubungilah di talian berikut :

019-722 0058 / 010-403 0058 / 010-944 4956 / 013-909 0058

Jangan lupa untuk layari laman Facebook Raya Holidays & Instagram Raya Holidays untuk ketahui pakej percutian menarik di Sabah!

Dapatkan banyak lagi tips melancong

Tamu Minggu di Sabah Wajib Singgah!

Melawat tamu minggu adalah aktiviti wajib yang dilakukan oleh penduduk tempatan. Pada zaman dahulu, tamu adalah tempat bagi penduduk kampung untuk menjual

Close Menu
×

Cart

+6010 944 4956 | +6088 212 081

rayaholidays@gmail.com

GET MORE INFORMATION

+6010-944 4956 | +6088-212 081

YOU HAVE QUESTIONS?

Send to our email

Matta Fair Vacation Package Booking

GUEST