Nak Bercuti di Kundasang? Jom Dapatkan Pakej Percutian Serendah RM 358 dari Raya Holidays!

Facebook
Twitter
WhatsApp

Tengah cari trip pakej ke Kundasang, Sabah? Tak perlu bersusah nak survey banyak tempat! Kami akan berikan pakej yang terbaik dan serba lengkap untuk anda. 

Percaya tak yang kami tawarkan pakej percutian ke Kundasang serendah RM 358? Tempat lain mesti tak boleh dapat harga ni! Memang jimat dan berbaloi untuk anda rancang percutian bersama kami. 

Bila dah sampai ke Kundasang, memang rugi kalau tak jalan puas-puas.

Dari lokasi pelancongan popular, aktiviti wajib cuba, tempat makan sedap hinggalah ke port beli souvenir untuk dibawa pulang, kami akan bawakannya untuk anda! 

Kami di Raya Holidays sedia untuk bawa anda jelajah satu Kundasang!  Nak tahu dengan lebih lanjut? Jom tengok pakej yang kami tawarkan. Pasti kena dengan bajet percutian anda! 

Pakej Kundasang Raya Holidays Serendah RM 358 

Bergantung kepada jumlah rombongan anda serta bajet, pilihlah antara pilihan pakej yang kami tawarkan iaitu : 

  • Bronze Package : Pakej 2 Hari 1 Malam (Harga bermula RM 358) 
  • Silver Package : Pakej 3 Hari 2 Malam (Harga bermula RM 358)
  • Gold Package : Pakej 4 Hari 3 Malam (Harga bermula RM 558)
  • Platinum Package : Pakej 5 Hari 4 Malam (harga bermula RM 688) 

Pakej makan angin yang kami tawarkan sememangnya lengkap, anda hanya perlu tempah tiket kapal terbang dan duit belanja saja!

Penginapan yang Dijamin Selesa 

Soal penginapan, anda tak perlu risau. Kami sedia menawarkan penginapan yang eksklusif, dan lengkap dengan pelbagai kemudahan.

Bertempat di lokasi yang strategik serta dijamin selesa, penginapan pilihan kami juga menjanjikan panorama Kundasang yang cukup mengasyikkan!

Aktiviti Tambahan dari Raya Holidays 

Lebih menarik lagi, pakej yang kami tawarkan bukan saja akan membawa anda ke tempat pelancongan wajib di Kundasang seperti Desa Dairy Farm, Jambatan Tamparuli dan Poring Hot Spring, malah anda juga berpeluang untuk lakukan aktiviti tambahan yang sangat menarik! Bukan selalu boleh datang ke Sabah, kan?

Dari aktiviti lasak hinggalah ke lawatan ke kampung yang sarat dengan budaya, anda pasti teruja untuk ikuti pelbagai aktiviti yang best seperti : 

  • Private Yacht 
  • Mantanani Island Hopping 
  • Mari-Mari Village 
  • Kawa-Kawa River Cruise 
  • White Water Rafting

Tak perlu pening kepala nak pilih pakej yang mana! Hubungi saja kami untuk dapatkan pakej yang bersesuaian dengan bajet anda. 

Kami akan cadangkan aktiviti yang terbaik untuk anda cipta memori terindah di Kundasang, Sabah. Jadi, tunggu apa lagi? Jom makan angin bersama Raya Holidays!

Kami turut menawarkan pakej pelancongan 2-in-1 bagi yang ingin makan angin di Kota Kinabalu dan Kundasang Pulau Mantanani khas untuk anda! Memang rugi kalau tak pergi! 

Berminat nak bercuti bersama kami? Hubungilah kami di talian berikut : 

019-722 0058 / 010-403 0058 / 010-944 4956 / 013-909 0058 

Jangan lupa untuk layari laman Facebook Raya Holidays untuk ketahui pakej percutian menarik di Sabah!

Dapatkan banyak lagi tips melancong

Tamu Minggu di Sabah Wajib Singgah!

Melawat tamu minggu adalah aktiviti wajib yang dilakukan oleh penduduk tempatan. Pada zaman dahulu, tamu adalah tempat bagi penduduk kampung untuk menjual

8 Tempat Matahari Terbenam Menarik Di Sabah

Melihat keindahan matahari terbenam adalah salah satu proses ‘healing’ yang paling berkesan untuk Si penggemar ketenangan. Bagi mereka, melihat keindahan alam seperti ini

Close Menu
×

Cart

+6010 944 4956 | +6088 212 081

rayaholidays@gmail.com

GET MORE INFORMATION

+6010-944 4956 | +6088-212 081

YOU HAVE QUESTIONS?

Send to our email