Persediaan Sebelum Pergi Bercuti

Facebook
Twitter
WhatsApp

Pada musim cuti sekolah, cuti tahunan atau cuti-cuti Malaysia, pasti banyak ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk membawa anak-anak mereka pergi bercuti. Selain itu, tidak kurangnya kaki melancong juga akan pergi melancong sekiranya mereka mempunyai peluang atau cuti yang panjang untuk pergi bercuti terutamanya ketika tiket penerbangan sedang murah. Sudah sememangnya hakikat bahawa semua orang suka melancong atau berjalan-jalan untuk berehat, makan angin dan melepaskan tekanan dan sebagainya. Tapi, sebelum pergi melancong, apakah persediaan yang perlu kamu lakukan bagi memastikan kamu boleh bercuti sepuasnya tanpa rasa bimbang.

1.Barang Keperluan Mencukupi

Pertama sekali, sebelum kamu pergi bercuti pastikan barang-barang keperluan untuk bercuti sudah lengkap disimpan. Pastikan kamu sudah packing pakaian yang mencukupi, peralatan penjagaan diri, dokumen penting, ubat-ubatan dan sebagainya di dalam beg kamu. Barang-barang keperluan seperti ini kelihatan seperti remeh temeh tetapi mampu merosakkan seluruh percutian atau mood untuk bercuti kamu. 

2. Pastikan Rumah Sudah Dikunci

Sebelum kamu keluar rumah, pastikan tingkap dan pintu telah dikunci dengan rapi. Selain itu, suis dan peralatan hendaklah dimatikan untuk mengelakkan sebarang kemalangan berlaku ketika anda tiada di rumah. Kecurian atau rompakan juga boleh berlaku ketika kamu tiada di rumah kerana sememangnya penjenayah ada di mana-mana bak kata pepatah ‘malang tidak berbau’. Sekiranya pintu atau tingkap tidak dikunci dengan rapi, penjenayah boleh menceroboh masuk dengan mencungkil atau mengumpil pintu-pintu di rumah kamu. Nanti tidak pasal-pasal kamu menangis setelah melihat rumah kamu selepas balik daripada bercuti.

3. Periksa Kenderaan

Sekiranya kamu menggunakan kenderaan sendiri untuk pergi bercuti, pastikan kenderaan kamu telah diperiksa dan diservis. Hal ini kerana jika kamu tidak periksa kenderaan awal-awal, kenderaan kamu boleh rosak di dalam perjalanan ke destinasi yang kamu ingin tuju. Pasti mood bercuti kamu akan rosak jika perkara begini berlaku semasa bercuti. Kamu hendaklah periksa enjin, tayar, brek dan sebagainya sebelum memulakan perjalanan untuk memastikan kenderaan kamu dalam keadaan yang baik. Kalau kamu tidak tahu periksa enjin kereta kamu, kamu bolehla hantar ke bengkel untuk servis kereta. Perjalanan yang lancar akan memberi kepuasan kepada anda semasa bercuti.

4. Maklumkan kepada Jiran yang Dipercayai

Sekiranya kamu mempunyai jiran, kamu juga boleh memaklumkan kepada jiran yang kamu percayai sebelum pergi bercuti agar mereka boleh tolong menjaga rumah dan harta benda kamu. Jiran akan tolong memerhati rumah kamu dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terjadi kemalangan atau jenayah di sekitar rumah kamu. Kamu juga akan berasa lebih selamat ketika bercuti sekiranya ada seseorang boleh menjaga harta benda kamu. Kamu bolehla membeli ole-ole sebagai balasan kepada jiran yang telah menolong kamu sepanjang kamu bercuti.

5. Bekalan Makanan Ringan

Kamu juga perlu membawa bekalan makanan ringan ketika dalam perjalanan menuju ke destinasi yang ingin kamu kunjungi. Hal ini kerana makanan ringan boleh dijadikan alas perut sebelum kamu sampai ke destinasi kamu. Sekiranya kamu mengunakan kapal terbang untuk ke tempat percutian, kamu tidak perlu membawa makanan siap dari rumah kerana di dalam kapal terbang ada menyediakan makanan untuk kamu beli. Makanan ringan adalah satu inisiatif untuk mengelak kamu daripada terkena penyakit gastik, nanti tidak pasal-pasal kamu bercuti di hospital pula. Pasti tidak seronok kalau begitu kejadiannya.

6. Isi Petrol

Sekiranya kamu menggunakan kenderaan sendiri, pastikan kamu sudah mengisi petrol secukupnya. Hal ini kerana sekiranya kamu berjalan jauh, tidak semua tempat yang kamu lalui mempunyai stesen minyak terutamanya jika menggunakan jalan pendalaman. Kamu hendaklah mengisi petrol secukupnya atau membekal petrol bagi memastikan tidak kehabisan minyak di tengah perjalanan. Kalau petrol sudah cukup, kamu boleh bercuti tanpa rasa bimbang dan sentiasa gembira.

Dapatkan banyak lagi tips melancong

Tamu Minggu di Sabah Wajib Singgah!

Melawat tamu minggu adalah aktiviti wajib yang dilakukan oleh penduduk tempatan. Pada zaman dahulu, tamu adalah tempat bagi penduduk kampung untuk menjual

8 Tempat Matahari Terbenam Menarik Di Sabah

Melihat keindahan matahari terbenam adalah salah satu proses ‘healing’ yang paling berkesan untuk Si penggemar ketenangan. Bagi mereka, melihat keindahan alam seperti ini

Close Menu
×

Cart

+6010 944 4956 | +6088 212 081

rayaholidays@gmail.com

GET MORE INFORMATION

+6010-944 4956 | +6088-212 081

YOU HAVE QUESTIONS?

Send to our email