Kamu mahu pergi melancong, tapi tidak tahu mahu pergi mana? Sudah pernah menjelajah ke Sabah? Sudah kenal negeri bawah bayu? Bah, di sini kami cadangkan kepada kamu untuk melancong ke Sabah dan mengenali negeri ini. Terdapat banyak sebab mengapa kamu harus melancong ke Sabah.
1.Gunung Kinabalu
Sepa yang tidak kenal Gunung Kinabalu, gunung yang tertinggi di Asia Tenggara dan termasuk dalam senarai 20 gunung tertinggi di dunia. Gunung ini setinggi 4095.2m bersamaan 13,435 kaki dari aras laut. Pendakian di gunung ini adalah dihadkan sebanyak 185 orang setiap hari. Tempoh pendakian adalah selama dua hari untuk mendaki dan menuruni gunung. Jika berminat untuk mendaki di gunung ini, kamu boleh mendaftarkan nama awal di laman web atau ejen mereka. Pasti kamu akan berasa bangga dengan diri sendiri jika berjaya sampai ke puncak gunung ini. Selain itu, pemandangan di atas puncak sangat menakjubkan seumpama kamu tinggal di atas awan.
2. Orang Utan
Antara sebab kamu harus datang ke Sabah adalah untuk melihat orang utan dengan mata kepala kamu sendiri. Rugi tau kalau kamu tidak mahu tengok orang utan kerana haiwan ini semakin pupus dan terancam. Haiwan ini sangatla friendly dan mencuit hati, tidak sama macam monyet-monyet biasa. Haiwan ini sejenis haiwan mamalia yang hanya terdapat di hutan kepulauan Borneo dan Sumatera. Kamu pasti akan rasa seronok apabila tengok gelagat-gelagat orang utan.
3. Pelbagai Pulau dan Pantai
Sabah merupakan sebuah negeri yang terkenal dengan kecantikan pulau dan pantainya. Setiap mata yang memandangnya pasti terpegun dengan keindahan pantai dan pulaunya yang sangat cantik. Terdapat banyak pulau dan pantai terdapat di Sabah seperti Pulau Manukan, Pulau Mantanani, Pulau Mabul, Pantai Tanjung Aru, Pantai Bak-bak, Pantai Kelambu, Pantai Rang Bulan dan sebagainya. Setiap pantai dan pulau memberi pengalaman yang berbeza kepada pengunjung. Pasti kamu akan berasa puas hati apabila sudah sampai di sini.
4. Alam Semulajadi
Sabah juga terkenal dengan alam semula jadinya yang cantik. Sabah mempunyai banyak hutan simpan yang masih dijaga. Selain itu, sungai-sungai di sini juga sangat bersih dan menyegarkan. Kepada pengunjung yang menyukai aktiviti meneroka alam semulajadi, Sabah merupakan tempat yang tepat untuk anda terokai. Anda pasti jumpa dan merasai pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila berkunjung ke sini kerana habitat flora dan fauna di sini masih dijaga dan terkawal. Kedudukan geografi negeri ini juga merupakan antara satu sebab alam semulajadi di sini cantik dan menakjubkan.
5. Khazanah Dasar Laut
Kamu juga wajib datang ke Sabah kerana di sini mempunyai laut dalam yang terdapat haiwan laut yang cantik di dalamnya. Selain itu, di laut sini juga terdapat banyak terumbu karang yang cantik yang menjadi habitat kepada hidupan laut. Laut-laut di Sabah sesuai untuk aktiviti menyelam scuba, sea walking dan snorkeling. Jika kamu berminat untuk melakukan aktiviti-aktiviti sukan air atau meneroka dasar laut, kamu boleh mendaftar di agensi-agensi pelancongan kerana mereka ada menawarkan aktiviti-aktiviti tersebut dengan harga yang berpatutan. Kamu pasti kagum melihat keindahan dasar laut yang terdapat di lautan Sabah.
6. Bunga Rafflesia
Seterusnya, kamu harus datang ke Sabah kerana terdapatnya bunga yang terbesar dunia. Terdapat 55 spesis bunga rafflesia di seluruh dunia hanya 9 spesis yang dijumpai di kepulauan Borneo seperti Rafflesia arnoldii, Rafflesia tuan mudae, Rafflesia keithii, Rafflesia tengku adlinii, dan Rafflesia pricei. Bunga ini juga merupakan bunga rasmi untuk negeri Sabah. Bunga ini hanya mekar selama 4 hingga 8 hari dan memiliki bau yang busuk. Bunga ini adalah sejenis tumbuhan parasit kerana tidak dapat menghasilkan makanan sendiri dan hanya hidup bergantung kepada perumahnya. Walaupun bunga berbau busuk, beruntung kepada sesiapa yang berpeluang melihat bunga ini mekar kerana bunga ini hanya mekar sekali dan seterusnya ia mati.
7. Kepelbagaian Etnik
Sabah juga mempunyai pelbagai etnik iaitu sebanyak 33 etnik, 50 bahasa dan 80 dialek yang berbeza. Setiap etnik mengamalkan pelbagai budaya yang unik yang tidak terdapat di tempat lain. Suku kaum yang terbesar yang terdapat di sini ialah suku kaum Kadazandusun. Setiap kaum juga mempunyai pakaian tradisional, cara hidup, budaya dan adat yang berbeza. Setiap kaum juga mempunyai keunikan budaya masing-masing tetapi sentiasa harmoni di dalam satu negeri. Kamu pasti kagum dengan keharmonian etnik di sini kerana mereka hormat antara satu sama lain walaupun berbeza kaum dan agama.