Mengambil gambar adalah salah satu cara untuk kita menyimpan dan mengingati setiap kenangan indah yang kita cipta. Tidak kira lah sama ada bersama keluarga, mahupun sahabat. Oleh itu, kita semua mesti mahukan sesuatu tempat yang cantik untuk menjadikan gambar itu lebih menarik. Hari ini, kami dari Raya Holidays akan share dengan kawan-kawan semua mengenai spot-spot yang paling instagrammable yang terdapat di Kota Kinabalu, Sabah.

  1. PEAK OF HOPE, TUARAN

Dengan hanya membayar RM20, kita sudah boleh menjelajahi Peak Of Hope di Tuaran yang sangat Instagrammable. Terdapat banyak tempat-tempat atau spot bergambar dan aesthatic yang disediakan. Ini kalau bergambar prewed disini pun cantik. Bukan itu sahaja, aktiviti-aktiviti menarik juga disediakan seperti menaiki ATV dan Paragliding. Wahh, best kan?

2. TANJUNG ARU BEACH

Siapa sini penggemar sunset dan pantai? Yes, Tanjung Aru Beach ada sunset yang sangat cantik. Kalau kamu belum pernah menikmati angin laut di bandar Kota Kinabalu, sangatlah rugi. Pastikan bateri kamera kamu penuh sebelum datang kesini, kerana Pantai Tanjung Aru merupakan tempat menikmati matahari terbenam yang tercantik di Asia. Bukan itu sahaja, kawasan pantai yang bersih juga memberikan kita keselesaan yang maksima.

3. STREET ART

Di Kota Kinabalu juga, ada yang dinamakan dengan street art. Hah, siapa yang suka outfit-outfit streetwear tu sesuai sangat bergambar berlatarbelakangkan street art yang unik dan kreatif. Street Art berada di sebelah Suria Sabah Shopping Mall. Jadi, kalau lepas dari street art boleh la shopping di Suria Sabah pula. Lukisan-lukisan seni yang ada pada street art ini dilukis oleh lokal sabahan juga. Bestnya, sambil bergambar sambil menikmati hasil seni orang Sabah.

4. KOKOL HILL ELF

Hah, ini lagi satu tempat yang kita boleh tengok sunset yang sangat cantik. Di Kokol Hill Elf. Kokol Hill Elf ni terletak di atas bukit. Perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu ke Kokol Hill Elf akan mengambil masa 15 ke 30 minit. Bergantung dengan keadaan jalanraya la. Di Kokol Hill Elf pun banyak spot-spot yang instagrammable. Jadi kalau kawan-kawan tidak datang sini, memang rugi. Pemandangan matahari terbenam disana sangatlah cantik dan indah. Ini kalau bawa pasangan ke sini pun best. Hihihi. Macam Peak Of Hope tadi, Di Kokol Hill Elf pun banyak spot-spot yang sangat cantik untuk bergambar.

kan sudah cakap, pemandangan matahari terbenam di Sabah memang cantik!!!

5. TANJUNG ARU PERDANA PARK

Naaaahh, tempat ni berdekatan dengan Tanjung Aru Beach, jadi kalau kamu habis tengok sunset, boleh terus ke Tanjung Aru Perdana Park. Tempat ini juga merupakan salah satu spot yang instagrammable. Bukan itu sahaja, kamu juga boleh jogging dan exercise disini. Selain itu, memilih untuk bersiar-siar bersama kawan-kawan, keluarga dan sang kekasih juga merupakan idea yang terbaik untuk dilakukan di Tanjung Aru Perdana Park. Setiap hujung minggu, air pancuran yang berada di tengah-tengah kawasan Perdana Park akan menari mengikut rentak lagu !! Tidak percaya? Nah, boleh la kamu datang dan menyaksikannya sndiri di sini.

TERIMA KASIH SEMUA. ADA REZEKI KITA JUMPA LAGI. JANGAN LUPA LAWAT ADMIN DI FACEBOOK PAGE RAYA HOLIDAYS YA, UNTUK TENGOK TEMPAT-TEMPAT YANG MENARIK DI SABAH.

Close Menu
×

Cart

+6010 944 4956 | +6088 212 081

rayaholidays@gmail.com

GET MORE INFORMATION

+6010-944 4956 | +6088-212 081

YOU HAVE QUESTIONS?

Send to our email