Melawat tamu minggu adalah aktiviti wajib yang dilakukan oleh penduduk tempatan. Pada zaman dahulu, tamu adalah tempat bagi penduduk kampung untuk menjual hasil-hasil kampung dengan mengaplikasi konsep sistem barter. Namun kini, sistem ini tidak lagi digunakan secara komersial. Tamu mingguan sebenarnya tidak asing bagi penduduk di Sabah, Labuan dan Brunei kerana di sinilah korang dapat melihat sendiri pelbagai barangan tani hasil penduduk tempatan.
5 Tamu Minggu Popular di Sabah!
- Gaya Street Sunday Market
Gaya Street yang asalnya di namakan Jalan Bond telah menjadi pusat perniagaan selama lebih seratus tahun. Jalan ini akan di tutup kepada lalu lintas pada setiap hari ahad bagi memberi laluan kepada perniaga membuka gerai jualan mereka.
Korang pasti akan terpesona dengan pelbagai barangan yang dijual di sini seperti buah-buahan, kuih-muih tempatan, bunga, barangan kraf, barangan antik dan cenderahati yang korang boleh bawa balik sebagai ole-ole. Ehh! Jangan tidak tahu, haiwan peliharaan dan herba-herba hutan juga terjual di sini.
Ini adalah salah satu tempat terbaik bagi korang yang ingin merasai sendiri budaya dan gaya hidup penduduk tempatan di sini. Gaya Street Sunday Market ini akan mula beroperasi seawal jam 6.00 pagi sehingga jam 1.00 petang.
Kredit: traveler.marriott.com
- Tamu Minggu Kota Belud
Tamu Kota Belud, yang sudah berusia lebih 135 tahun, dimulakan oleh William Pretyman pada 13 Disember 1878 yang bertapak di Kampung Siasai. Tamu Minggu yang juga dipanggil ‘semio‘ dalam bajau, cukup terkenal dengan keunikannya yang tersendiri.
Setiap Ahad seawal jam 6.00 pagi, orang ramai akan mula memenuhi tamu ini bagi membeli pelbagai jenis makanan, kuih tradisional, sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan laut seperti ikan, sotong, udang mahupun ketam dijual di sini. Selain itu, ikan masin Liking yang popular di Kota Belud juga terdapat di sini.
Tidak dilupakan, kraftangan tradisional seperti tudung duang (tudung saji) yang diperbuat daripada daun serdang, daun kelapa, pandan atau buluh, senjata tajam seperti parang dan keris, tikar mengkuang malah alat musik seperti sumpoton yang diperbuat daripada labu air yang dikeringkan juga boleh didapatkan di tamu mingguan ini. Barangan kraftangan ini bukan saja boleh dijadikan kenangan, malah boleh dijadikan hadiah atau ole-ole kepada saudara dan rakan.
Apa yang menariknya, harga di tamu ini boleh dinego bergantung kepada kecekapan pembeli menawarkan harganya! Fakta tambahan, Tamu Besar Kota Belud akan diadakan setiap hujung tahun.
Kredit: iloveborneo.my
- Tamu Ground Keningau
Tamu Ground Keningau diadakan pada setiap hari Ahad bermula dari jam 6.00 pagi sehingga 3.00 petang. Di sini, Korang dapat melihat penduduk tempatan menjual hasil tanaman, tangakapan dan juga ternakan mereka. Di sini korang dapat melihat jualan seperti ayam hidup, ulat sagu, tupai salai, tembakau, buah-buahan, sayur-sayuran, ubatan tradisional dan pelbagai jenis beras dan kraftangan.
Fakta menarik, daerah keningau pernah menjadi pengeluar utama kayu manis. Maka tidak hairanlah ini menjadikannya sebagai “Bandar Kayu Manis Sabah.”
Kredit: jalan2caripasar.blogspot.com
Jika korang berada di Keningau pada hujung minggu, jangan lupa untuk singgah bersiar-siar dan membeli-belah di Tamu Ground!
- Tamu Ahad Sabindo, Tawau
Kredit: sabahpost.net
Tamu ini adalah tarikan baru bagi bandar Tawau setelah ia menggantikan Tamu Mingguan Takada yang telah beroperasi selama 3 dekad. Tamu Ahad Sabindo (TAS) ini menempatkan lebih 700 gerai jualan yang lokasinya terletak di Jalan Habib Sheikh iaitu panjangnya lebih kurang 1 kilometer.
Tamu ini menjual pelbagai jenis barang dagangan dan hasil tanaman dari kebun peniaga-peniaga kecil di daerah Tawau ini. Pelbagai jualan makanan dan minuman, pakaian dan bunga-bungaan terdapat di sini. Barangan di sini juga di jual dengan harga yang berpatutan kerana ianya tidak melibatkan orang kedua.
Tamu ini sedikit sebanyak membantu ekonomi masyarakat setempat sekaligus mengeratkan lagi silaturahim antara penjual dan pembeli.
- Tamu Tuaran
Jarak antara Pusat bandar Kota Kinabalu ke Tuaran mengambil masa 40 minit. Jika korang ke Tuaran, jangan lupa untuk singgah ke Tamu Tuaran. Terdapat pelbagai jualan yang boleh di dapati termasuklah juadah tempatan untuk sarapan pagi. Lihat saja buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar, pasti korang akan tertarik untuk membeli dan membawanya balik.
Kredit: flickr.com
Kraf tangan hasil penduduk tempatan juga banyak terjual di sini. Jika korang tidak tahu, Budaya Tuaran terkenal dengan bakul tenunan tangan mereka yang cantik semestinya boleh di jadikan perhiasan atau oleh-oleh untuk keluarga dan rakan.
Menarik bukan! Jadi, korang dah decide tamu mana yang hendak diborong barangannya untuk dibawa balik ke negeri asal? Walaupun tamu-tamu ini agak jauh jaraknya dari Pusat Bandar Kota Kinabalu, tapi kami yakin korang tidak akan menyesal untuk datang ke sini. Bak kata pepatah, “Jauh perjalanan, Luas pemandangan“.
Jika korang inginkan perjalanan yang selamat dan selesa ke destinasi-destinasi yang korang pilih, jangan lupa tekan Sewa Kereta Kota Kinabalu bersama Raya Holidays untuk mendapatkan perjalanan yang lancar dan semestinya selesa bersama servis kami.
Â