Sabah menjanjikan banyak aktiviti eko pelanconan dan percutian. Negeri yang kaya dengan keindahan pulau dan alam semulajadi, kepelbagaian budaya dan bangsa, menjadi sebab Sabah adalah destinasi percutian 2023 yang wajib anda kunjungi.

Selain daripada mencari senarai aktiviti dan tempat menarik di Sabah 2023, tempat makan yang best pun kena plan dan survey awal kan? terutamanya bila bercuti di Kota Kinabalu. Berikut kami kongsikan tempat makan yang best di Kota Kinabalu, terutamanya bagi penggemar makanan laut.
5 TEMPAT MAKAN WAJIB CUBA DI KOTA KINABALU
1. Todak Waterfront Seafood Market / Gerai Makan Todak
Todak waterfront biasanya dibuka bermula pada waktu petang hingga tengah malam dan lokasi tempat makan ini adalah sebaris dengan pasar Filipina dan Pasar Besar Basah Kota Kinabalu. Makanan laut dipamer di meja jualan, tinggal pilih mana yang kita mahu dan jenis masakan yang kita suka. Best! Boleh runding harga lagi.

Kebanyakan pengusaha kedai makan di sini adalah beragama Islam. Jadi tidak perlu ragu-ragu kalau anda datang makan di Todak Waterfront
2. Kampung Nelayan Floating Seafood Restaurant
Mempersembahkan tarian tradisional pada setiap malam bermula jam 7.30 malam sehingga 9.00 malam, restoran ini memberikan suasana yang ekslusif dan nyaman.

Terletak lebih kurang 15 minit masa perjalanan dari pusat bandar, restoran ini menyediakan pelbagai pilihan dan jenis masakan. Tempah awal tau kalau nak datang, terutamanya hujung minggu!

3. Gayang Seafood Restaurant
Antara pilihan tempat makan seafood yang best dan murah! Cuma perjalanan memakan masa 40 minit dari pusat bandar. Walaupun jauh, tempat makan ni pun selalu penuh. Apa yang menarik di sini? Seafood laaa!!!

4. Restoran Masakan Sedap
Antara tempat makan yang terkenal di Kota Kinabalu. Tempat makan ini pernah menjadi hos untuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, mana tak famous! Sedap, tapi harga ada sedikit mahal berbanding yang lain.
5. Anjung Senja Kota Kinabalu
Anjung Senja terletak berhadapan dengan Hotel Promenade, seafood memang murah. Kat sini pun happening, sebab memang ramai orang!

Raya Holidays menyediakan pakej percutian 2023 yang dilengkapi pemandu dan tour guide yang berpengalaman. Risau nak cari tempat makan yang best di Kota kInabalu? Takda masalah! Bercuti tu mesti food hunting juga kan.
Banyak lagi port makan best yang ada di Kota Kinabalu, bermacam jenis masakan yang boleh anda santap.