Setiap pasangan yang baru atau lama sudah berkahwin pasti ada menyimpan niat untuk berkahwin jika mempunyai bajet yang lebih. Ada yang memilih berbulan madu di dalam negara dan ada juga yang memilih luar negara sebagai lokasi untuk berbulan madu. Tidak kisahlah lokasi di dalam atau di luar negara, yang pastinya tempat pilihan tersebut mestilah romantik supaya pasangan tersebut dapat membina kenangan indah bersama untuk diingati sampai hari tua nanti. Di Sabah, terdapat banyak tempat yang menjadi pilihan pasangan untuk berbulan madu. Ada tempat yang mewah dan ada juga tempat yang murah menjadi pilihan bergantung kepada bajet pasangan tersebut. Yang pastinya tempat yang menjadi pilihan tersebut merupakan tempat yang romantik terdapat di Sabah. Berikut adalah tempat-tempat yang menjadi pilihan untuk berbulan madu di Sabah.
1. Sangri-la Resort
Sangri -la Resort terletak di Jalan Aru, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah kira-kira 10km dari pusat bandar. Resort ini resort mewah menawarkan sebanyak 498 bilik berkonsep temporari dan bilik suite yang mencerminkan warisan budaya Borneo. Mereka juga mempunyai 6 restoran dan bar buat kamu bersantap dengan mewah di sana. Walaupun resort ini agak mahal, pemandangan yang mereka berikan bukan kaleng-kaleng cantiknya. Pemandangan laut yang indah terutamanya pada waktu matahari terbenam pasti memberikan suasana romantik dan menjadi memori indah buat kamu dan pasangan.Â
2. Pantai Tanjung Aru
Bagi pasangan yang tidak mampu menginap di resort atau hotel yang mewah, kamu boleh saja mengunjungi Pantai Tanjung Aru. Pantai ini sangat terkenal di kalangan para pelancong di dalam mahupun di luar negara kerana mempunyai pemandangan yang sangat cantik terutama pada waktu matahari terbenam. Di sini terdapat banyak gerai menjual makanan dan minuman tempatan yang kamu boleh nikmati sambil menunggu matahari terbenam. Pantai ini bukan sahaja sesuai untuk pasangan-pasangan berbulan madu malah sesuai juga untuk membawa keluarga bersiar-siar. Kamu pasti dapat mencipta kenangan indah bersama pasangan kamu di sini.
3. Taman Laut Tunku Abdul Rahman
Taman Laut Tunku Abdul Rahman merupakan taman laut yang terletak di pulau-pulau yang berhampiran dengan bandar Kota Kinabalu iaitu Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Di sini anda boleh membawa pasangan anda membuat aktiviti sukan air seperti snorkeling, jet ski, paragliding, sea walking dan scuba diving. Aktiviti-aktiviti sebegini bagus untuk menambahkan lagi rasa cinta antara kamu dengan pasangan. Kamu juga boleh bermalam di resort yang terdapat di pulau-pulau tersebut jika mau merasai suasana tinggal di pulau.
4. Pulau Mantanani
Pulau Mantanani merupakan sebuah pulau yang mampu memberikan kamu suasana romantik yang terletak di Kota Belud. Untuk pergi ke sini kamu perlu menaiki bot kira-kira sekitar 1 jam setengah dari jeti pantai Rampayan atau Kuala Abai di Kota Belud. Pulau ini sangat cantik dan unik kerana jauh daripada pencemaran. Pemandangan sini sangat mewah dengan air biru yang jernih pasti memukau setiap pengunjung yang datang. Penginapan yang ada di sini adalah seperti Palm Beach, Mantanani Dream, Mari-mari Mantanani, Low Price Holiday dan Bambaran Beach Resort. Harganya pula amatlah berbaloi dan murah kerana bekalan elektrik hanya disediakan untuk 12 jam sahaja. Jika anda ingin berbulan madu dengan tenang bersama pasangan, Pulau Mantanani merupakan satu lokasi yang tepat untuk berbulan madu.
5. Pulau Mataking
Pulau Mataking merupakan sebuah pulau yang tidak berapa popular yang terletak di Semporna. Walaupun tidak berapa popular berbanding dengan pulau-pulau yang lain, namun kecantikan pulau ini popular di kalangan pelancong yang pernah mengunjungi pulau ini. Antara keistimewaan pulau ini ialah mempunyai pasir yang halus dan putih, air lautnya yang biru bak kristal, pemandangan persekitaran yang menakjubkan dan lokasi yang strategik untuk kamu melihat pemandangan matahari terbenam yang sangat cantik. Jadi tidak hairan lah mengapa pulau ini menjadi bualan setiap pengunjung yang datang ke sini. Resort yang terdapat di sini juga merupakan resort mewah yang sesuai untuk kamu dan pasangan untuk berbulan madu.
6. Nexus Resort & Spa Karambunai
Nexus Resort & Spa Karambunai merupakan sebuah resort mewah yang terletak di Pantai Karambunai, Jalan Sepanggar, Kota Kinabalu. Penginapan mewah yang ada di sini dihidangkan dengan keindahan laut dan pantai yang memberikan ketenangan kepada penghuninya. Selain itu, resort ini juga menawarkan perkhidmatan pakej perkahwinan ala-ala pantai. Kamu boleh mengadakan perkahwinan di tepi pantai atau di dalam dewan. Resort ini juga menawarkan pelbagai kemudahan lain seperti spa, padang golf dan sebagainya. Penginapan seperti ini pasti dapat menimbulkan suasana romantik antara kamu dengan pasangan saat berbulan madu.
7. Bukit Kokol
Bukit Kokol terletak di Menggatal, Kota Kinabalu terkenal di kalangan pelancong dan warga tempatan dek kerana keindahan pemandangan senja dan pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu. Pada waktu senja kamu nampak dengan jelas pemandangan matahari terbenam dengan laut yang merah. Bukit ini merupakan Kawasan tanah tinggi dan telah dibangunkan menjadi tempat tarikan pelancong. Terdapat beberapa penginapan yang disediakan di bukit ini seperti Kokol Haven Resort, Kokol Farmstay, Kasih Sayang Resort dan sebagainya. Udara di sini sangat sejuk dan nyaman disamping pemandangan yang indah menjadikan tempat ini sangat sesuai untuk berbulan madu bersama pasangan kamu. Kamu seakan-akan sedang berbulan madu di luar negara jika memilih tempat ini sebagai lokasi berbulan madu kamu.
8. Cabana Retreat
Cabana Retreat merupakan resort yang menyediakan tempat tinggal yang merupakan khemah mewah di tepi pantai. Tempat ini sangat sesuai untuk berbulan madu kerana tempat tinggalnya yang eksklusif di tepi pantai yang cantik dengan suasana yang menenangkan. Walaupun tempat tinggal yang disediakan adalah khemah, dalaman khemah tersebut sangatlah cantik, mewah dan romantik. Selain itu, pelbagai kemudahan dan aktiviti yang disediakan di tempat ini seperti belayar di sungai, melihat kumang-kumang pada malam hari, aktiviti sungai dan sebagainya. Jadi tidak hairanlah mengapa Cabana Retreat merupakan tempat pilihan untuk pelancong berbulan madu kerana pakej yang ditawarkan sangat menarik dan berbaloi.
9. Kundasang
Sebut saja Sabah mesti ingat Kundasang kan, sebuah pekan yang terletak di kaki Gunung Kinabalu iaitu gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Kundasang merupakan sebuah tempat yang seakan-akan seperti Negara Newzealand kerana udaranya yang sejuk dan dingin di samping pemandangan di situ seperti di luar negara. Tempat menarik yang menjadi lokasi pilihan para pasangan atau keluarga adalah seperti Desa Cattle Farm, Sabah Tea, Arnab Village, Strawberry Farm dan sebagainya. Selain itu, terdapat banyak penginapan yang cantik yang terdapat di sini sekiranya kamu mau bermalam seperti Little Hut, Benjamin Residence, Kiram’s Village dan sebagainya. Oleh sebab itu, banyak pasangan telah memilih Kundasang sebagai lokasi berbulan madu.