Terma Tempahan
Terma & Syarat
- Kadar sewa dikira mengikut sewaan harian, mingguan atau bulanan. Walau bagaimanapun, tempoh penangguhan 1 jam dibenarkan selepas tamat tempoh.
- Caj sebanyak 10% daripada kadar harian bagi setiap tambahan jam. Tambahan 6 jam dikira sebagai sewaan penuh satu hari. Kadar yang ditetapkan tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
- Kadar sewa termasuk kos tanggung rugi yang penuh untuk kerosakan tidak sengaja terhadap harta pihak ketiga dan kecederaan badan. Walau bagaimanapun, penyewa bertanggungjawab untuk membayar jumlah yang bersamaan dengan excess clause yang tidak melebihi seperti jadual di bawah :
Group CC Jumlah (RM) A Bawah 1000cc RM 1,500 B 1001 – 1300cc RM 2,000 C 1301 – 1500cc RM 2,500 D 1501 – 2000cc RM 3,000 E 2001cc ke atas RM 5,000 - Penyewa bertanggungjawab atas kerosakan akibat dari kecuaian, tayar pecah, kekurangan elektrik kerana lupa mematikan peralatan elektrik, kehilangan atau kerosakan pada aksesori kenderaan serta kerosakan cermin, tingkap serta bahagian bawah kenderaan.
- Jika kemalangan atau kerosakan kenderaan disebabkan oleh kenderaan pihak ketiga, maka penyewa bertanggungjawab mendapatkan maklumat terperinci pihak ketiga seperti nombor pendaftaran kereta, nama pemandu serta nombor lesen memandu. Jika bayaran tidak dapat dibuat oleh pihak ketiga, semua kerosakan akan ditanggung oleh penyewa tertakluk kepada excess clause seperti yang dinyatakan di terma & syarat nombor 3.
- Penyewa perlu memaklumkan kepada syarikat kami dan membuat laporan polis dalam masa 24 jam dari masa kemalangan atau kecurian/kehilangan untuk mendapatkan laporan polis secara bertulis.
- Penyewa akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas setiap bayaran letak kereta, denda atau kompaun trafik/JPJ/DBKK semasa tempoh penyewaan.
- Sebarang pembatalan / pindaan tidak akan ada bayaran balik. Setiap tarikh pindaan dan jenis kereta bergantung kepada ketersediaan.
- Kawasan sewaan berada dalam radius 200km dari bandar Kota Kinabalu. Jarak memandu melebihi 200km dari Kota Kinabalu akan dicaj RM200 dan ia tertakluk kepada kebenaran syarikat.
- Bayaran tambahan akan dikenakan untuk penghantaran kereta di luar daripada Bandaraya Kota Kinabalu.
- Caj tambahan akan dikenakan jika lokasi pemulangan berbeza tempat dengan lokasi pengambilan. Caj yang dikenakan seperti berikut :
200km – 350km : RM500
350km – 650km : RM650 - Caj kelewatan semasa mengambil kereta ialah RM10-RM20
21:00 – 23:30 : RM10
23:31 – 06:00 : RM20
Â
Perkhidmatan & produk tambahan
Chauffeur Driven dan Airport Transfer Services disediakan bagi lokasi yang terpilih. Quotation boleh didapati atas permintaan.
Â
Tempat duduk kanak-kanak (Car seat)
Tempat duduk bayi disediakan untuk kegunaan bagi kanak kanak yang mempunyai berat badan antara 3kg (7lbs) dan 18kg (40lbs) dan antara ketinggian 51cm (20 “) dan 102cm (40”).
Kerusi kanak-kanak disediakan atas permintaan.
Harga adalah RM 20.00 sehari
Â
Petrol
Semasa mengembalikan kereta, tahap petrol mestilah sama semasa penghantaran. Caj tambahan akan dikenakan jika didapati kurang. RM15/bar untuk sedan, RM40/suku tangki untuk 4×4, MPV atau van.