TIPS JIMAT MELANCONG KE SABAH

Facebook
Twitter
WhatsApp

Sabah negeri di bawah bayu, nama yang tidak asing lagi didengar oleh setiap rakyat Malaysia. Sabah merupakan sebuah negeri yang unik kerana kami memiliki pelbagai kaum tetapi kami sentiasa harmoni serta memiliki keindahan flora dan fauna yang menakjubkan sehingga semua mata memandangnya terpegun dan tidak pernah jemu. Maka tidak hairanlah mengapa negeri Sabah menjadi antara lokasi pilihan yang akan dikunjungi pelancong tidak kira di dalam mau pun diluar negara.

Tapi, tidak semua orang pernah mengunjungi ke tempat kami walaupun mereka ingin ke sini kerana beranggapan kos melancong sangat mahal atau bajet mereka sangat terhad. Maka di sini kami ingin kongsikan tips jimat ketika melancong ke Sabah.

  • Rancang Perjalanan Sebelum Pergi

Kamu hendaklah merancang sebelum pergi melancong ke sini. Ini kerana perjalanan kamu akan lebih teratur dan lancar jika kamu rancang awal-awal. Selain itu, kamu juga akan berasa puas hati jika semua tempat yang kamu mahu pergi dapat dilawat kan. Masa dan wang kamu akan lebih jimat kerana kamu sudah pilih tempat-tempat yang kamu mahu pergi serta kos yang harus ditanggung ke tempat tersebut. Semasa merancang, perkara yang kamu harus titik beratkan adalah tempat yang kamu ingin kunjungi, bajet, penginapan, tempat makan, tiket-tiket dan sebagainya. Memandangkan Sabah mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik, sudah pasti kamu mahu pergi ke semua tempat tetapi tidak semua tempat yang masuk secara percuma dan ada sesetengah tempat dikenakan bayaran masuk yang agak tinggi. Maka, kamu harus merancang untuk pergi ke tempat-tempat yang bersesuaian dengan bajet kamu.

  •  Tempah Tiket Penerbangan Awal

Sekiranya kamu ingin jimat semasa melancong, pastikan kamu telah menempah tiket penerbangan awal. Biasaanya harga tiket akan lebih murah jika ditempah lebih awal berbanding ditempah pada saat akhir. Ini kerana tempat duduk ekonomi akan cepat laku berbanding tempat duduk hotseat yang berharga lebih mahal berlipat kali ganda daripada tempat duduk ekonomi. Elakkan melancong semasa musim cuti sekolah atau musim perayaan kerana biasaannya penerbangan pada waktu seperti begini adalah mahal.

  • Melancong dengan Kawan atau Secara Berkumpulan

Seterusnya, kamu melancong la bersama kawan kamu atau secara berkumpulan untuk menjimatkan lagi kos yang kamu tanggung daripada melancong sendiri. Ini kerana melancong secara berkumpulan atau bersama kawan akan menjimatkan kos penginapan kamu serta kos pengangkutan sekiranya kamu guna khidmat kereta sewa atau pemandu pelancong. Kamu boleh kongsi duit untuk membayar segala kos yang kamu semua belanja di Sabah.

  • Menyewa Homestay

Bagi penginapan pula, menyewa homestay adalah lebih jimat berbanding menyewa hotel. Homestay lebih jimat kerana mempunyai banyak bilik serta tempat memasak. Kamu boleh mengurangkan kos makanan dengan memasak sendiri berbanding menempah makanan di servis hotel atau restoran. Di Sabah, terdapat banyak homestay yang di iklankan di laman web, facebook, instagram dan sebagainya.

  • Guna Kenderaan Awam atau Kereta Sewa

Dari segi kenderaan, kalau kamu ingin berjimat sebaiknya kamu mengunakan kenderaan awam atau kereta sewa berbanding mengunakan perkhidmatan teksi, grab car, maxim, my car dan sebagainya kerana mempunyai cas yang pasti akan membebankan kamu semasa melancong. Selain itu, kamu akan dikenakan cas tambahan jika menggunakan perkhidmatan teksi, grab car, maxim, my car sekiranya berlaku kesesakan lalu lintas. Jadi kalau menggunakan bas awam atau kereta sewa, kamu dapat berjimat serta pergerakan kamu juga tidak terbatas. Di Sabah, pekhidmatan kereta sewa boleh ditempah di lapangan terbang atau melalui online. Gunalah aplikasi Maps, Waze, Navigator atau sebagainya kalau kamu takut sesat. Kepada pelancong yang takda lesen memandu atau tidak berani memandu sendiri di tempat orang, kamu boleh menggunakan perkhidmatan pemandu pelancong di syarikat-syarikat pelancongan.

  • Membawa Makanan Ringan dan Botol Air

Pastikan kamu sentiasa membawa makanan ringan seperti keropok amplang, kuih cincin, dan macam-macam lagi makanan ringan yang kita buli bawa dalam perjalanan jauh dan juga air mineral semasa melancong untuk kasih jimat kos orang Sabah bilang gea. Sebab semasa perjalanan jauh kamu mesti berasa lapar dan dahaga kan? Jadi makanan ringan lah yang akan diingat duluan sebagai alas perut ketika perjalanan panjang atau semasa mencari tempat makan. Perut yang terlalu lapar boleh menyebabkan kamu memesan makanan terlalu banyak sehingga kamu terlebih belanja daripada bajet asal. Kamu boleh  air minum daripada tempat penginapan dengan botol minuman daripada kamu harus sentiasa membeli air ketika haus. Selain itu, restoran di Sabah kebiasaanya menyediakan air putih percuma, jadi kamu boleh mengisi air dengan botol tersebut di kedai-kedai makan untuk lebih berjimat.

  • Rajin Bertanya

Seterusnya, kamu haruslah rajin bertanya semasa melancong. Ini kerana warga tempatan lebih tahu tentang Sabah serta mereka boleh cadangkan tempat-tempat yang menarik tetapi murah serta makanan-makanan murah yang boleh didapati di Sabah. Selain itu kamu boleh sesat jika malas bertanya dan seterusnya membazir petrol. Janganlah kamu takut mahu bertanya, orang-orang Sabah ramah dan baik hati. Mereka ok jak kalau kamu mahu tanya.

Tips-tips di atas juga boleh diguna untuk tempat- tempat yang mempunyai ciri-ciri sosial, ekonomi dan kemudahan yang sama seperti negeri Sabah. Perkara yang paling penting adalah kamu harus berdisiplin mengikuti jadual perancangan kamu supaya bajet kamu terkawal. Jadi nikmati percutian kamu dengan rasa tenang.

Dapatkan banyak lagi tips melancong

Tamu Minggu di Sabah Wajib Singgah!

Melawat tamu minggu adalah aktiviti wajib yang dilakukan oleh penduduk tempatan. Pada zaman dahulu, tamu adalah tempat bagi penduduk kampung untuk menjual

8 Tempat Matahari Terbenam Menarik Di Sabah

Melihat keindahan matahari terbenam adalah salah satu proses ‘healing’ yang paling berkesan untuk Si penggemar ketenangan. Bagi mereka, melihat keindahan alam seperti ini

Close Menu
×

Cart

+6010 944 4956 | +6088 212 081

rayaholidays@gmail.com

GET MORE INFORMATION

+6010-944 4956 | +6088-212 081

YOU HAVE QUESTIONS?

Send to our email

Matta Fair Vacation Package Booking

GUEST