Tak sah bercuti di Sabah kalau tak sampai ke Kundasang. Dingin dan dilatari bukit bukau menghijau maka tak hairanlah jika Kundasang terkenal sebagai New Zealand of Malaysia. Trip sehari ke Kundasang ini akan membawa anda ke World Heritage Site yang pertama di Malaysia iaitu Kinabalu Park. Kemudian anda boleh photoshoot berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu dan jalan-jalan cari amplang di Nabalu Market. Dah penat kaki berjalan, kita hilangkan penat dan stres dengan merendamkan pula kaki di kolam air panas Poring dan singgah di spa ikan terkenal di Kampung Luanti. Kita juga akan singgah makan aiskrim sambil update IG story dengan lembu-lembu tenusu di Dairy Farm.